Monday, November 9, 2009

Masihkah ada 'Sekularism' dalam diri kita?


Seringkali kita mendengar pemisahan agama daripada pentadbiran, politik, siasah dan sebagainya. Ini disebut sebagai system secularism. Sistem yang tidak islami dan berkehendakan wujudnya pemerintahan dengan tugasnya tersendiri, dan golongan agamawan dengan urusannya tersendiri. Tidak ada campur tangan urusan golongan agamawan dalam bidang pentadbiran dan begitulah sebaliknya.

“…Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat...”(al-Baqarah:85)

Mungkin ramai yang memahami tentang perkara ini.

Tetapi, amat malanglah bagi kita yang tidak mengerti atau menghayati pemisahan agama dalam kehidupan seharian. Islam hanyalah ketika bersolat, mendengar ceramah, menghadiri usrah dsb.

Islam yang seharusnya difahami adalah Islam yang bersifat Syumul. Bermula dari mengangkat kelopak mata sehinggalah menutupnya kembali. Bahkan, saat tertutupnya kelopak itu pun termasuk dalam Islam.

Orang yang memahami Islam bukan hanya sekadar semata-mata ketika bersolat atau mendengar khutbah saja memahami;

1. Perlunya menunaikan perkara-perkara sunat dan beramal dengan ilmu yang dipelajari,

2. Perlunya menjaga akhlak dan menjadi qudwah masyarakat,

3. Perlunya berkata benar dan bersifat as-Sidqu,

4. Perlunya menasihat dan bersedia untuk dinasihati,

5. Mencegah diri dari kemungkaran diantara waktu solat hasil pemahaman solat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar(lebih-lebih lagi ketika bersolat), dan

6. Sentiasa memikirkan cara untuk menghidupkan Iman dan menyemarakkan Ukhuwah Islamiah.

Moga-moga kita sentiasa mendapat penjagaan Allah swt untuk beramal. Doakan penulis sentiasa berusaha menyempurnakannya agar tidak termasuk gologan yang dimurkai oleh Allah; golongan yang berkata perkara-perkata yang tidak dilakukannya. Ws.

Tuesday, November 3, 2009

Semangat.


Ceramah-ceramah(Ust Fauzi dan DSAI) tempoh hari memberikan banyak gambaran tentang Malaysia. Dari sudut suasananya, dari sudut keselesaannya, dan dari sudut kepincangan institusi atasannya. Sukar untuk merumuskan kesemua secara sekaligus.

Apa yang dapat dijadikan sempadan ialah bagaimana semangat yang dimiliki oleh para pemuda begitu hebat hingga boleh melonjakkannya ke persada paling atas. Tetapi awas, semangat ini juga boleh menyebabkan apabila pemuda itu jatuh tersungkur membenam diri terus ke dasar bumi.

Persoalan yang timbul, adakah segala semangat kepemudaan itu lahir benar-benar dari kekuatan dalaman yang sejati. Yakni dari Imannya kepada Allah. Atau semangat itu datang daripada benak hati yang betul-betul dipenuhi nafsu amarah semata-mata. Pernah ketika Saidina Ali ra ingin memancung seorang kafir yang berjaya ditawannya, lalu kafir itu meludah kemuka Ali. Beliau terus membatalkan hasratnya itu kerana bimbang beliau memancung kafir tadi kerana nafsu marahnya itu.

Lagi, mungkinkah semangat yang hebat itu datang dari suasana perjuangan yang begitu mantap di bumi perang ini. Suasana yang diangkat-angkat seperti gerombolan tentera berkuda yang dimainkan paluan muzik-muzik bagi menaikkan semangat pejuang tersebut. Dan apabila reda suasana itu, maka kesemua tentera gagah perkasa tadi menjadi lembik dan hanyut ditelan zaman canggih telunjuk barat. Akhirnya, sekembalinya ke tanah air, terus sibuk dengan isteri, anak beranak, hilang segala panji-panji yang dicanang selama ini.


Begitulah pentingnya untuk aktif dalam membuat keputusan. Keputusan yang dicapai bukanlah hasil pengaruh yang buruk dari persekitaran. Jika ingin Islam cemerlang, teruskan cemerlang dalam bidang yang kita ceburi. Jaga setiap sudut yang kita kawal. Supaya musuh-musuh tidak dapat menyerang apatahlagi menjenguk disudut kita. Ambillah keputusan untuk menjadi cemerlang.. cemerlang yang dimaksudkan dari semua aspek, termasuk ilmunya, akhlaknya, pergaulannya dsb…

Begitu ramai remaja-remaja kini yang memandang jauh ke hadapan. Misinya, semangatnya jauh mengalahkan orang lain. Malangnya semangat yang berkobar-kobar itu hanya menjadi hangat-hangat tahi ayam jika terlupa untuk bermula daripada dirinya sendiri. Sungguh mantap mengharapkan kesemua umat manusia untuk berakhlak mulia, patuh tuntutan agama, tetapi jika kita sendiri tidak memulakan, serupa termenung jauh ke bendang, mengharapkan hasil tumbuh sendiri untuk dituai.

” Tegakkan daulah Islam dalam diri kamu, Islam akan tertegak dibumi kamu” (Mustafa Masyhur)


p/s; maaflah.. banyak sangat bersastera.. moga-moga kita semua terus thabat nak tegakkan agama Allah..

Thursday, October 22, 2009

Bersama Pimpinan ISMA di ARMA

Wednesday, October 14, 2009

Orang Islam kini 1.57billion

Penduduk Islam di dunia kini berjumlah 1.57 bilion, nisbah satu kepada empat orang penduduk dunia, menurut satu laporan komprehensif.

Laporan oleh Forum Pew Agama dan Kehidupan Awam itu menyediakan satu angka tepat yang sebelum ini jumlahnya hanya dianggarkan.

Projek yang mengambil masa selama tiga tahun itu turut mendedahkan kenyataan-kenyataan yang mungkin mengejutkan.

Sebagai contoh, Jerman mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Lebanon; China mempunyai lebih ramai penduduk Islam daripada Syria dan Rusia pula mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Jordan dan Libya.

“Andaian yang menyatakan bahawa Islam adalah Arab dan Arab adalah Islam, ternyata tidak benar dengan adanya laporan ini,” kata Amaney Jamal, penolong profesor politik di Universiti Princeton yang mengkaji semula salinan awal laporan itu.

Pegawai-pegawai Pew menganggap laporan tersebut adalah yang paling lengkap dalam kategorinya dan meletakkan agama Islam sebagai agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian, yang dianggarkan mempunyai antara 2.1 bilion hingga 2.2 bilion penganut.

Ramai, namun biarlah bernilai. Ya, itulah yang menjadi persoalan buat semua.

Syakib Arsalan Rahimahullah, seorang daei ulung yang hidup di zaman kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah:

”Banyak surat sampai kepadaku sama ada dari Morocco, Jawa, Mesir, Syria, Iraq dan Palestin. Penulis-penulisnya mencadangkan agar diadakan satu Muktamar Islam, atau melantik seorang Khalifah atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Namun seperti biasa aku akan menjawab: ”Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah, iaitu melalui TARBIYYAH INDIVIDU. Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan sendiri dan tidak mampu melaksanakan satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu mahu kami mengumpulkan angka-angka kosong?”


sumber

Monday, October 5, 2009

Stand upright, my country

Face-straight the future
Smiling; the song of life
With aspiration and one hope
Together, developing Malaysia

Firmly grasp the truth
Defeat greed and savagery
Sacrifice; with both soul and body
For the prevalence of justice

Stand upright, my country
Hope is still there
Fight, my nation
The path still remains spread out

As long as the sun still shines
As long as we keep fighting
As long as in oneness we stand
Glory be to my country... glory be to it

p/s; i'm going to miss my country..~

Friday, October 2, 2009

Tips Berubah

Untuk berubah.. tak kiralah daripd seseorang yang kurang baik kepada lebih baik, atau daripada yang sudah sedia baik kepada lebih baik, kita perlukan 3 perkara asas.
1. Ilmu,
2. persekitaran(biah)
3. dan contoh(murobbi).


Kalau kita nak mengajak seseorang untuk sama-sama ke masjid, kita perlu bagi dia bukan sekadar ilmu; tentang bagus solat di awal waktu, solat berjemaah, hati tenang dsb, tetapi kita juga perlu beri dia persekitaran dan contoh yang elok. Ya, kita beri persekitran itu. Kita perlu bentuk suasana itu.

Dulu, pernah bincang dengan beberapa sahabat mengenai penyelesaian masalah umat kini. Ada yang kata ilmu itu penting. Ya, jawapannya betul. Tapi, ilmu sahaja tidak mencukupi. Saya tanya, adakah orang yang merokok, tidak tahu bahaya merokok, boleh menjadi barah, peparu berair dll? Tentu mereka tahu.


Tapi ada juga yang mengatakan, tak semua orang yang melakukan maksiat tahu benda itu salah. Contohnya, mereka yang memang membesar dalam keluarga yang kurang penghayatan agama. Memang budaya tidak tutup aurat, bercouple, hubungan tidak syar’e dsb menjadi kebiasaan mereka.

Jadi ilmu pun penting tetapi jangan menutup sebelah mata pada persekitaran dan contoh yang ditunjukkan. Kerana ada bapa yang merokok, menerangkan pada anaknya tentang bahaya merokok. Dengan contoh yang tak elok tu, sungguh anaknya akan merasa ilmu yang diperkatakan ayahnya itu seperti tidak berguna. Kalau bahaya kenapa ayah tetap merokok?

Ada juga ibu yang menyuruh anaknya untuk pergi mengaji alQuran tetapi pada masa yang sama, dia tidak mengaji bersama-sama anaknya. Lebih buruk lagi jika pada waktu itu, ibunya itu menonton televisyen. Bukan sahaja suasana tiada, malah contoh yang ditunjukkan juga tidak elok. Anak kecil itu tak mengerti, sebab apa perlu mengaji.


Jadi bagi sesiapa pun yang mengharapkan perubahan; Islam itu yang menjadi tertinggi. Janganlah sekadar sampaikan ilmu sahaja. Betul ilmu itu penting tapi yang lebih penting ialah amal yang berputik dari ilmu itu. Lantas, amal itu membentuk suasana yang baik dan dia menjadi teladan yang berguna buat umat. Ws.

p/s; rasanya masih kurang jelas pasal suasana(biah).. macam mana nak bentuk suasana?

Saturday, September 26, 2009

Soliditari Palestina



"Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah".."(as-Saff;15)



Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template